..sh0rt st0ry..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum semua sahabat..
entri kali ni sy nk brk0ngc cerita pendek..tapi ada pgajaran yang terrsirat n tersurat disebaliknya..
dari "nota fikir untuk zikir"


Kisah se0rang budak yang telah kehilangan sejumlah wang dalam perjalanannya ke kedai untuk membeli gula2..
Setelah puas mencari wangnya yang hilang tetapi tidak juga ditemuinya..maka budak itu kecewa lalu menangis teresak2 di tepi jalan..
Tangisannya menarik perhatian seorang tua yang kebetulan sedang berjalan disitu..
Orang tua itu pun berhenti dan bertanya.. “mengapa engkau menangis,wahai budak?”
Budak itu menjawab, saya telah kehilangan wang untuk membeli gula2..
N then orang tua itu pun berasa simpati lalu berkata “hentikanlah tangisanmu dan ini wang pakcik sebagai gantinya..”
Budak itu pun menerima wang tersebut.tetapi selepas itu..
Budak itu menangis lagi..malah kali ni lagi kuat dari yang sebelumnya..
Pakcik tadi pun kehairanan n bertanya.. “kenapa engkau menangis lagi?”bukankah wangmu yang hilang itu telah aku gantikan ?
N then budak itu terus menjawab.. “saya menangis kerana jika wang yang sebelumnya tidak hilang..maka sudah tentu sekarang saya memiliki lebih banyak wang”..
Iktibar dari ‘short st0ry’ ni..
Cerita ni mungkin pendek tetapi disebalknya ada pengajaran yang sangat besar untuk kita renungkan bersama..
Budak dalam kisah ini adalah lambang tabiat manusia yang tidak sabar dengan apa yang hilang n tidak pernah puas dengan apa yang ada..

Allah telah berfirman yang bermaksud:    
19. Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
20. apabila ia ditimpa kesusahan, Dia sangat resah gelisah;
21. dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;                                                                                                                                                Surah Al-Maarij 70:19

Tangisan pertama menunjukkan budak e2 xsabar dengan kehilangan wangnya..
N tangisan kedua budak itu menunjukkan budak e2 xbersyukur dengan apa yang ada..
N dalam dua2 keadaan..kanak2 itu susah hati..
Pengajaran lain yang dapat kita ambil dari kisah ini adalah harta bukanlah faktor yang menentukan ketenangan jiwa..

Rasulullah telah bersabda: “bukanlah dinamakan kaya itu kerana limpah-ruahnya harta,tetapi yang dinamakan kaya itu adalh kaya jiwa” (riwayat Bukhari)..

Jadi apa s0lusinya?..

Sambungan dari ayat diatas surah Al-Maarij, Allah telah menjelaskan kepada kita penyelesaiannya..
22. kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
23. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
24. dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak Yang termaklum -
25. bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);
26. dan mereka yang percayakan hari Pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
27. dan mereka Yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
28. kerana Sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
29. dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -
30. kecuali kepada isterinya atau kepada hambaNya, maka Sesungguhnya mereka tidak tercela;
31. kemudian sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang Yang melampaui batas;
32. dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;
33. dan mereka Yang memberikan keterangan Dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
34. dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;
35. mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di Dalam syurga Dengan diberikan penghormatan.
                                                                               70:22-35

Allah telah menyebut 9 golongan yang terlepas dari 2 sifat manusia ini..apabila dia ditimpa kesusahan di resah..dan apabila dia diberi kesenangan dia kedekut dan tidak bersyukur..iaitu ..
1-      Orang yang bers0lat
2-      Orang yang tertib menjaga s0latnya
3-      Orang yang menggunakan hartanya dijalan Allah..
4-      Orang yang percaya pada hari akhirat dan mengerjakan amal soleh sebagai bukti percayanya..
5-      Orang yang takut dengan azab Allah..
6-      Orang yang menjaga kehormatannya..
7-      Orang yang menjaga amanah dan janjinya..
8-      Orang yang benar dalam saksinya..
9-      Dan orang yang sangat memelihara s0latnya..

Cuba lihat Allah menekankan tentang solat 3 x dalam ayat2 ni..dan golongan yang pertama disebut adalah orang yang bersolat dan ayat ini ditutup juga dengan orang yang sangat menjaga solat.. so..apa yang kita dapat simpulkan dari sini solat itu teramatlah penting dalam menunaikannya dan menjaga ketertibannya..
N last but not least..saya tutup dengan kata2 dari seorang ahli sufi..

“carilah syurga yang disegerakan didunia (al-Jannatul Ajilah) yang berupa ketenangan hati kerana barangsiapa yang tidak mendapat syurga didunia lagi,maka sukarlah ia mendapat syurga di akhirat nanti.."

Wallahua’lam..segala salah dan silap harap diperbetulkan ye..
Sem0ga kita mendapat ‘ibrah (pengajaran) walaupun sedikit..insyaAllah..



No comments:

Post a Comment