..ia baru bermula..



bismillah..
subhanallah..alhamdulillah..lailahaillallah..allahuakbar..
alhamdulillah..
alhamdulillah atas sgala nikmat yg Allah kurniakan..
nikmat dan rahmat yang terlalu banyak xtrhitung..
biar yg nmpk hnya nkmat yg dtarik..
ttpi msih byk lg sbnrnya yg ada kn..
..la tahzan,innallah maana..
ini mmg satu permulaan..
ya..satu prmulaan kaki ini mlangkah ke 'dunia kecil' yang baru..
dgan tekad yang baru..dgan perancangan yang baru..dan dgan harapan yang masih baru..
semuanya masih hangat..masih panas..
ttpi apa yg mnjdi harapan tika ini biarlah yang panas itu hingga ke akhirnya..
meskipun hari tidak akan slamanya panas..
adakalanya ribut..mendung..petir..
ttpi apa yg ddalam ini ttap thabat sprti yg mula..
ya Allah..
bohong la kalo xcdey..tipulah kalo kata xsebak..
dustalah diri ini kalau kata xpedih..xsakit..
ttpi ksakitan ini mgkin hnya sdikit cuma..
dbandingkan dgan yg slainnya..
jujur ckp sebak sgt2..
sbb sumanya terhenti ditengah jalan..
tnpa dbawa ke akhirnya..
jujur cakap sayu sgt..
trasa kosong ddalam ini..
trtanya2 apakah sbnarnya isinya..
apakah sbnrnya yg trsimpan ddalam ini..
ya rabbi..kerdilnya diri..
luaran patah lagi dalaman..
dimana lagi akan ku cari kekuatan..
dimana lagi tempat ku berpaut..
kalau tidak hanya selain drMu ya Rabb..
ya..sabar e2 sangat2 indah..
bukan tidak berusaha..
tetapi mgkin belum ke tahap yang semaksimanya..
ya..hanya Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya..
biar terasa amat baik di mata hambaNya..
ttpi mgkin itu sebaliknya di pandangan Nya..
ya Rabbi..
hanya 1 shja yg ku pinta..
berilah ku peluang mnbus kmbali apa yg terkhilaf sekian lm dhulu itu..
berilah ku jalan menyelesaikannya..
sbelum jasad ini kaku..
sblum mata ini trtutup buat slama2nya...
ku mohon spnuh permohonan..
ini hakikatnya baru satu permulaan..
ini hakikatnya baru satu teguran..
ini hakikatnya baru satu perinagtan..
ya..jalan e2 ku yakin masih ada..
peluang itu ku yakin ianya masih terbuka..
apa yang penting jalanilah hidup sebagai seorang hamba..
ya..ambil apa yg berlaku ini sbg 1 pgajaran..
ambil apa yg terjadi ini sbg 1 tauladan..
ambil apa yg berlaku ini sbg 1 suntikan kkuatan..
brhentilah duhai titisan mutiara ini..
berhentilah mengalir..
gantikan ia dgan kebahagiaan..
smoga hari2 esok dapat dlalui dgan penuh kecekalan..
ya..aku hanya ada Dia..
Dia yang Maha sgl2Nya..



wahai manusia sekalian..

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat jibril untuk pergi menemui salah satu makhlukNya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau.Malaikat jibri a.s segera pergi menemui si kerbau.

Disiang yang panas itu si kerbau sedang berendam disungai. Malaikat Jibril a.s mendatangi kemudian mula bertanya kepada si kerbau, “hai kerbau,apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?” si kerbau menjawab, Masya Allah! Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku seekor kerbau daripada aku dijadikanNya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat jibril pun menziarahi seekor kelawar yang pada siang itu sedang tidur bergantungan didalam sebuah gua.kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, Wahai kelawar,apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar”.MasyaAllah,Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada aku dijadikanNya seekor cacing.tubuhnya kecil,tinggal didalam tanah,berjalannya saja menngunakan perutnya,” jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril segera pergi menemui cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril a.s bertanya kepada si cacing “wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing” cacing itu menjawab “masyaAllah,Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanNya aku sebagai seorang manusia.apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh,ketika merema mati mereka akan diseksa selama-lamanya..

..j0urney begin..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

alhamdulillah..
dpt jugak tangan ini menjenguk..membersih..menaip dalam blog ni..
hehe..byk perkara yang perlu diaulakan..ni pun curi2 ms je ni..
hmm..alhamdulillah genap smggu lbih dh mnjd student g0mbak scr 'legal' nya..ha3..
stlh mgharungi taaruf week yg bgitu2 mencabar kekuatan fzkal n mental..huhu..
sy sll bayangkan suasana taaruf week ri2 cm jemaah haji yg da kt mekah 2...huhu
sungguh..sies..dgan beratus2 manusia yang rambut ja sm hitam tp prangai seribu 1 jenis..
subhanallah..masyaAllah..astaghfirullah..macam2 kerenah..
yg 'kecik' ni dhimpit2nya smpai terdorong kedepan..huhu..cian toi..
kelakar pon ada..yela kn..umur buknnya budak2 lg..tp bila emosi mguasai dr..dh kalah baby..
ya..xnafi la penat..suma orang penat kn berorientasi ni..e2 lumrah sbnrnya..
tp ntah nape kondisi sy sgt2 xstabil wk2 2..
hanya bertahan dengan seribu sgl cara sj..
dh lm xmelasakkan dr..nilah las2 jadinya..
tp kn..bila ambil wudhuk..setiap masa kita dgan wudhuk..alhamdulillah..
sgl kpenatan 2 seolah2 terbang..rs marah 2 cepat2 ja sejuk..dn bibir pn msih mampu mgukir syuman..
hehe..e2lah senjata sy..
smpailah hari kemuncak..hari nk kna buat bai'ah..
badan mmg dh surrender..trpaksa jgak cari 'penawar' dia..
alhamdulillah..ending nya ok2 ja..
orientac yg sbnrnya sgt banyak melatih kekuatan dalaman dan luaran..
bg dr saya..
hmm..
di bawah ini..wajah2 gembira bila belon dh diletupkan..mnandakan closing ceremony..alhamdulillah..



..dear 'ana'


….se0rang insan ditabir malam…
…tersenyum dbalik kedukaan..
..tertawa dbalik kesakitan..
…dia merenung ke dalam dirinya..
…masih terlalu banyak compang campingnya..
..masih terlalu menggunung khilafnya..
..apakah dia bisa dberi peluang..
..menebus kembali segala yang terlanjur e2..
…membayar segala kemaafan manusia dsklilingnya dl e2..
…kakinya mahu melangkah..
…tangannya mahu menghulur…
Ttapi ada ssuatu yang sll menyekat dantara keduanya…
…ssuatu yang dia sdang berusaha untuk menyempurnakannya..
Hanya pintanya saban hari..saban waktu…
Moga dberi kesempatan merungkaikan benang yang masih terselirat e2..
Moga dia dberi kesempatan mengangkat hijab yang xmampu smpai ke langit e2…
Sebelum tanah ini kembali dtimbus dengan tanah..
Hanya e2 pintanya…
hanya e2 harapnya…
insan e2…
..dalam hatinya sering tertanya…
..mengapa dia begitu d angkat di mata manusia..
Sedang kekurangannya kekadang xmampu menampung sgl klbihannya..
Dia hargai penghormatan e2…
Meski bukan e2 yang ddamba..
Dia hanya dambakan pandangan dari penciptanya..
…dia tahu ujian e2 sll mngekorinya..
Dia tahu ujian e2 sll mengingatkannya..
..makin dia menjauh..makin ia mendekat..
..makin dia lari..makin ia mengejarnya..
Makin dia menolak..makin ia dipinta..
Mngapa mereka e2 sll meminta..
Meminta apa yang bukan miliknya..
Meminta yang tidak akan mampu dia tunaikannya..
Permintaan e2 ssuatu yang sering menggugat drnya..
Permintaan e2 buat dia lagi rasa kekurangan..
Permintaan e2 buat dia sll rasa ketakutan..
Permintaan e2 buat dia mengukur kekuatannya..
Permintaan e2 buat dia memperbaiki keimanannya..
..meski dalam pelarian e2 dia kerapkali rebah…
..alhamdulillah..masih ada tempat berpaut..
..dia selalu takut…
..takut kerana sklilingnya bukan seiring dgannya…
..takut kerana imannya hanya senipis kulit bawang..
kkadang menjadi makin tipis kkadang menebal..
…dia kkadang merintih inginkan ada insan dsampingnya..
..mendengar sgl bisikan ini sblum ia brtukar mnjdi jeritan..
..ttapi peneman setia e2 tidak akan ada…
..pendamping setia itu tidak akan wujud…
Kerana belum tiba masanya..
Belum tiba saatnya…
Ttpi tetiba dia tersenyum seketika..
Krana di tahu ada yang Maha Segala2nya..
Dia yang menjadi peneman..
Dia yang menjadi tempat mengadu segala…
Ya..
Sgl persoalan pasti ada jawapannya..
Sgl mslh pasti ada jalan penyelesaiannya..
Seorang gadis itu..
Hanya mampu tersenyum..
Hanya mampu ketawa..
Hanya mampu ceria..
Bila dia tahu ada janji yang xjemu2 memujuknya..
Janji Penciptanya yang sudh tertulis sejak sekian lama..
Hanya e2 pengubat jiwanya..
Hanya e2 penawar racunnya..
Hanya 1 yang dipinta dr insan yang bergelar hamba2 Allah..
Doakan dia..
Nasihati dia..
Salam perjuangan

..memakainya dengan mata hati..


Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi. Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. 



Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat. 


Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat. Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk meyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka. 

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, di panggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. 

Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat. Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat. Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. 

Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung. Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. 

Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah. Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia. Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : " Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah." 

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa. Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman. 



Sementara yang mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. 

Justeru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah. Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan. 

Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata... 

..alahai paku..


Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. 

Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau nii terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. 

Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan ku cabut keluar dari tiang ini." Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. 

Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang. Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. 

Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. 

Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang. 

Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira? Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. 

"Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada. Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut-parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya." 

..tempat jatuh pandangan Ilahi..



..jiwa biasa kan bergurindam bila mengenang sesuatu...
..hati yang cukup rapuh ini bisa tersentuh bila hanya bertemankan cengkerik2 yang berirama merdu..
..sesekali terpandang..sesekali terkilas..sesekali terdetik..
apa sebenarnya yang sll meresahkan jiwa ini..
apa sbnarnya yang sll terlakar dminda ini..

..teringat soal jawab Imam Ghazali kepada murid2nya..
muridnya bertanya..bagaimana bila lidahku mengucapkan zikir tetapi hatiku masih lalai?..
apa jawapan Imam Ghazali..
truskanlah berzikir kerana lidah e2 akan terselamat dari berkata benda2 yang mungkar..
sahabat2 ku syg...
ingatlah..bila lihat apa pun nikmat yg ada ddunia ini..ingatlah juga pemberi nikmat..
cuba kita tanya dr kita..
bila kita lihat sungai,gunung-ganang,bukit bukau..
n bila kita lihat bangunan pencakar langit yang berdiri megah..sgl2 premis2..
antara dua ciptaan yang mana satu hati kita akan tenang?..jiwa kita akan damai..mata kita akan 'sejuk'..
hakikatnya jawapan manusia..tentulah bila melihat yang dikatakan semulajadi e2..(sbnrnya bukn semula jadi tp ciptaan Allah kn)..
kenapa jadi begitu?..
pnciptaan Allah sbnrnya terbahagi kpd dua sbnrnya..
1 direct dr Allah..
2 indirect..
yg direct 2 cth cm bukit2..sungai2..sume2 2la..
n yg indirect 2 pulak dicipta dr manusia dan dr Allah..cth cm bgunan2..premis2 sume 2..
s0o...hakikatnya hati sangat peka dengan sesuatu yang dekat dengan Allah..
gunung ganang..bukit bukau sume yg sntiasa brzikir kpd Allah..
sbb e2lah fitrah manusia suka suasana yg nyaman..hirup udara yg segar..
sbb hti e2 mutlak milik Allah..n ia akan akur n patuh kpd yg mnciptanya..
hakikat sbnar2nya..Allah lah yang kita dekati e2..
bagaimana pula hati yang sering gelisah..resah..
tahu apa definisi dosa?..dosa adalah ssuatu yang meresahkan hati kamu..
e2 jwpn Rasul kpd shbt2 baginda yang bertanya..
dosa pula ada 3 tingkat n tiga gol mnusia..
yg pertama: bila dia buat dosa dia akn rasa menyesal n segera bertaubat..e2 hati yang msih boleh dpulih..
gol yg ke2 : apabila dia berbuat dosa dia merasa biasa..hati manusia e2 dtahap yg bahaya..
gol ke3 : apabila dia berbuat dosa dia merasa ketagih..rasa racun e2 sudh brtukar mnjd penawar..malah boleh pulak dia menjadi penegak pejuang dosa..nauzubillah..hati e2 hati yg sgt2 bahaya..
muhasabahlah kita dgolongan yang mn..
kiranya dgolongan yang ketiga..poh0nlah kpd pemilik hati dlm jasad kita..pintalah hati yang baru..
agar kita sm2 dpt kecapi ketenangan dn kebahagiaan yang hakiki..

mudah2an entri ini dpt mmbri biar sedikit peringatan kpd saya n sahabat2..
saya sayang sahabat2 krn Allah..
jg dr..jg iman..jg amal..
wallahua'lam..


..tirai baru..jendela baru..

.dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
..alhamdulillah atas segala2nya...
..entri kali ini mungkin sekadar perk0ngsian n imbasan buat dr sy sj..
pejam celik pejam celik dh hmpir 5 bulan sy di negeri jelapang padi..hehe..
pg nya dklilingi sawah n bila malam dh dklilingi bangunan pencakar langit...
alhamdulillah..biar byk dugaan sblum nk smpai ke gombak ni..tp masih dbri pluang dpt jgak dtg cni..hehe
'kita manusia mampu merancang..tapi perancangan Allah e2 lah hakikatnya sebaik2 perancang kan'
wlu pape pn insyaAllah pasti ada hikmah dsalik yg dh diatur kn.. (>_<)
tetiba ja tingat lak kt umah..yela kn bila dekat2 2 asyiik brtekak ja..dh jauh2 2 br nk trsenyap..hi3..
dh suasana kt umah n kt cni sgt jauh brbeza..mstilah trasa kn..hehe..
dlm kgmbiraan 2 trslit jgak ksayuan sbnrnya..
gembira..alhamdulillah sbb diberi pluang mnimba ilmu se'formal2' nya smula..
bukan brmakna kt umah dpt ilmu kn..ttpi brbeza caranya..brbeza kesannya..
satu sbb yg buat sy bahagia c0z dpt mnyibukkan dr semula..hihi..
bukan brerti lari dr masalah yg xslsai2 2 tp skurang2nya fikiran sy terisi dgan bnda2 yg buat sy bahagia..
n then rs sayu pulak sbb tkut cuti yg dhabiskan e2 'mizan' nya xseimbang..
trlbih byk yg buang ms dr yg terisi masa..
n 1 sbb yg sy teramat rs sayu sbb xdpt nk mlawat sekolah ksygn sy..
mmg cuti sgt lm tp bape byk plan buat at las sumenya hnya tinggal plan..
jujur sy ckp sy sgt rindukan insan2 yang trlalu byk mmbimbing sy dhulu..
ilmu yg tercurah n dicurah insyaAllah sll mlekat n trngiang2 dminda sy..
sy sgt2 sayangkan tmpat sy blajar..
tp xdpt nk ziarah jgak walau diminit yg terakhir sblm sy smpai kl..
dsbabkan suma shbt2 sibuk dhambat waktu..sy akur..
walau pape pun..insyaAllah doa buat guru2 sy sntiasa sy titipkan..bimasyiatillah..
cuti yg bgitu lama ini sbnarnya trlalu byk pristiwa yg mengiringi bersama2nya..
dr plbagai skop kehidupan..byk pgajaran yang dpt sy ambil..
 'jgn biarkan perasaan mnjadi leader kpd diri kita ttpi sebaliknya biar kita yg menjadi 'rais' kpd perasaan trsbut'..
e2 psanan tulus dr se0rang yg sy sgt h0rmati kpd dr sy..insyaAllah..
e2lah sdikit sbanyak imbasan..perjalanan..dwaktu 'h0neystar' sy..hehe
sm0ga prjuangan yg baru brmula ini akan mmbri seribu satu makna buat dr sy dn shbt2..
insyaAllah..
salam perjuangan buat shbt2 sprjuangan ex CFS nilai.. :)

sy tinggalkan pesanan sy buat 'amnie'..mudah2 an smpai kpdnya..
sy mnyusun sepuluh jari pohon kemaafan sepanjang cuti ni sy sll mngganggu..angin 'ujian' buat sy,sy tr tempiaskan kpd dia sekali,sy tahu sy byk buat clap..sy byk tersasul..sy mohon berjuta kemaafan..sy manusia biasa yg trlalu byk clap..tgurlah dkala sy trlalai..ingatilah kalau sy trleka..
sm0ga kita sll brada dbawah rahmatNya dan mahgfirahNya..amin..sy sntiasa doakan yang terbaik untuk kita brsama biar sy bukanlah yg trbaik..ttpi sy insyaAllah akan cuba jadi yg trbaik..salam perjuangan..