kemudi hati..

Subhanallah..
Ssghnya Allah e2 bg2 dkat..
Bhkan lbih dkat dr urat leher kta sndr..
Nmun..tabir hati..kerap dpalit jlaga2 dn kotoran..
Yang menyelaputi pusat pimpinan dalam dr kta..
Iaitu cahaya Ilahi..
Akibatnya kta xtrasa dkat dgn Allah sm skali..
Perasaan hati bleh dkawal..
Klu kita bnar2mgisi ruang hati dgn cnta kpd Ilahi


Keriangan mampu trgambar d wajah..
Nmun xmgkin dhati..
Sglnya bkan sgaja..
Tp ia adalh ktntuan ilahi..
Allah mnjauhkan hati dr wajah
Adalah rhmatnya yg xtrhingga..
Wlu duka dlm hati..
Nmun ia msih bisa mguntumkan syuman pd wajah..
Lantas insan skilling jua turut trsyum..
Ciptaan ilahi pnuh hkmah..
Bgmbiralah ats stiap ujian yg dtrima
Ssunggunhya Allah amat mnyayangimu..
Syukran sahabatku syg ats taujihat2 mu.

kasihku abadi...

Hehe..
Ntah..
Tiba2 ja tingat kt mak n ayah..
Huhu..
So..
Trciptalah nukilan ni..


Kasihku abadi..
Setelah sekian lama
Diriku tidak penah diabaikan
Rasa di hati
Sentiasa dikongsi
Lantas menjadikan hidupku
Bagai bulan dipagari bintang
Dikala aku dikepung kegelapan
Dan diduga dengan takdir yang melukakan
Kau sentiasa disisi
Memberi daku secebis kekuatan
Dan segumpal semangat
Setinggi kesyukuan ku panjatkan
Kerna bertuah memiliki kalian
Yang lebih berharga dari belian
Bagi diriku diri kalian tiada pengganti
Kerna tiada siapa yang boleh menandingi
Kerlipan di puncak tertinggi
Ataupun di dasar laut mati
Kita tetap akan bersama
Biar hujan menggila
Biar badai menimpa
Akan ku daki ke puncak tertinggi
Untuk menggapai seribu kekuatan
Agar tidak apa yang mampu
Merobohkan tugu kasih sayang
Yang kita bina
Walaupun di dua benua yg berbeza
Duhai ayah dan bonda
Aku berjanji
Setiap kata yang terucap di bibirmu
Akan ku jadi perisai hidupku
Untuk terus tabah melayari
Bahtera kehidupan ini
Salam sayang kutitipkan
Untuk kalian berdua
Kaulah segala2nya
Kasihku abadi padamu 

bicara kata....

Pepatah arab..”apabila sempurna akal ss0rang, maka kurang prcakapannya”..
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa
 keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut
 adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan
 dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti
 hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam
neraka Allah s.w.t.

 Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak
 digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya
 digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

 Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan
 perkataan yang sia-sia.

 HIKMAH DIAM
 1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah

2. Perhiasan tanpa berhias .


3 Kehebatan tanpa kerajaan
 4. Benteng tanpa pagar
 5. Kekayaan tanpa
 meminta maaf kepada orang

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat
 amal

7. Menutupi segala aib

 Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
 "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.
 Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan
 barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya"
 (Riwayat Abu Naim)

 "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka
 hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

 "Barangsiapa diam makan ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

 Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
 Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah
 perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang
 baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri
manusia.

 Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda:
 "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat..."
Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita
 banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu..

kisah c bear brtubuh bsar






Seekor beruang yang bertubuh besar sedang menunggu seharian dengan sabar di tepi sungai deras, waktu itu memang  bukan musim ikan. Sejak pagi ia berdiri disana mencuba menangkap ikan yang meloncat keluar air. Namun, tak satu juga ikan yang berhasil ia tangkap. Setelah berkali-kali mencuba,akhirnya.. hup .. ia dapat menangkap seekor ikan kecil.

Ikan yang tertangkap menjerit-jerit ketakutan, si ikan kecil itu Meratap pada sang beruang, "Wahai beruang, tolong lepaskan aku." "Mengapa ?: tanya beruang. "Tidakkah kau lihat, aku ini terlalu kecil, bahkan boleh terlekatdicelah-celah gigimu," rintih sang ikan. " Lalu kenapa?" tanya beruang lagi. "Begini saja, tolong kembalikan aku ke sungai, setelah beberapa bulan aku akan tumbuh menjadi ikan yang besar, di saat itu kau bisa menangkapku dan memakanku untuk memenuhi seleramu" kata ikan. "Wahai ikan, kau tahu kenapa aku bisa tumbuh begitu besar?" tanya beruang
"Mengapa," ikan balas bertanya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. "Kerana aku tidak pernah menyerah walau sekecil apapun keberuntungan yang telah tergenggam di tangan !" jawab beruang sambil tersenyum mantap. "Ops !" teriak sang ikan.beruang makan ikan tu tanpa mengendahkan rintihannya.

Dalam hidup, kita diberi banyak pilihan dan kesempatan. Namun jika kita tidak mahu membuka hati dan mata kita untuk melihat dan menerima kesempatan yang Tuhan berikan maka kesemapatan itu akan hilang begitu saja. Dan hal ini hanya akan menciptakan penyesalan yang tiada guna di kemudian hari, saat kita harus berucap :"Ohhhh... andaikan aku tidak menyia2kan kesempatan itu dulu ..!!!?. Maka bijaksanalah pada hidup, hargai setiap detik kesempatan dalam hidup kita. Disaat sulit, selalu ada kesempatan untuk memperbaiki keadaan; disaat sedih, selalu ada kesempatan untuk meraih kembali kebahagiaan; di saat jatuh selalu ada kesempatan untuk bangkit kembali; dan dalam keadaan terburukpun selalu ada kesempatan untuk meraih kesempatan untuk meraih kembali yang terbaik untuk hidup kita.

Bila kita setia pada perkara yang kecil maka kita akan mendapat perkara yang besar. Bila kita menghargai kesempatan yang kecil, maka ia akan menjadi kesempatan yang besar.Hope you all can find the best in your life.

perjuangan akn brmula..


28 oktober..
sem br n insyaAllah las kt bndar yg pling brnilai ni akn brmula..
huhu..
rs tkut..rs brsmangat ..mcm2 rs ada..hehe
prjuanganku bakal brmula..
ayah..
mak..
akn ku buktikan anakmu yg tbaik..
buat shbt2 sprjuangan..
bes of luck t0o..
sm2 be da bez k..

hari bhgia..hri pringatan..

epi buzday 2 u..
epi buzday 2 u..
epi buzday 2 u..



mlm 25 ri2..suara my y0ungest br0ther brgema bsing 1 umah..
mana xnya..owg sbuk2 wat kek..
fvrte dia lak 2..tp bkn utk dia pn..hehe..
tmpang2 "t0l0ng " la jwbnya..
buzday kali ni da sribu 1 klainan..
hmm
thanx al0t kt fmly trsyg..
espcially mak..
pnat2 buat mcm2 utk ank mnja dia ni..hehe..
xlupa thanx 2 suma kwn2..
yg brbut2 nk jd org 1sl la katakn..h0h0..lwk ja.
tp..
apa yg plg trksan pd trkh 2..
entri yg ku bc..
kt blog ust pahrol..
slamat pendek umur..
ye la..
e2 hkikatnya..
umur kta smakin pndek..
subhanallah..masyaallah..astaghfirullah..
prasaan brcmpur baur bla tringat suma2..
prnh gak s0rg ust sy psan..
org kn sll ucap sm0ga pnjg umur tme ari ulg tahun..
tp..
kta kna ingat..
kiranya umur mkin dilanjutkan tp lbh byk dosa kta brtambah..
lbih baik ia disingkatkn..
kiranya bsyukur kta msih dpnjgkan usia..buktikanlh rs syukur kta kpd Nya..
sm0ga usia kta xjd sia2..
wallahua'lam..

exam...imtihan...peksa...


salam sume..
entri ni khas buat kwn2..
n..
espcially t0 my  tw0 luvly sis..
kt g0mbak 2..
gud luck..
for final yg xbape ari dh kn..
tmpt blaja sy ni ja yg "spcial"..
org cbuk2 nk exam sy br nk mla sem br..
ish3..
doa..usaha..tawakkal..
insyaAllah sume akn mnjd mudah..
ganbate..

cemburunya masa..


Inilah villa keduaku..
Cti 3 mggu..
Xbrksmpatan sgt nk mgunjunginya..
Huhu
Byk urusn yg prlu dslsaikan..
Tp Alhamdulillah..
Smpat jgak 2 x g ..
Mla2 rs snyi..
Kta cti org len bz..
Kwn2 suma cbuk..
Tp trlupa bhwa ada shbt yg xprnah jmu mmanggil2ku..
Pntunya tbuka stiap ms..
Iaitu d cn la..
Lbrary dkat ngn umahku..
Dan buku2..
Shbt karibku..
Shbt yg pling stia..
Aku syg kamu..
Hehe
Trima kasih..
Syukran ya Allah..
Cti ni..
Mmbri byk plajaran dn pgajaran buatku..
Buatku yg sring trlalai..
Buatku yg sring trleka..
Wlu tiada shbt yg stia yg mndampingiku..
Aku tau Kau sntiasa ada..
Ilmumu dmana2..
Cti ni dh nk ttup tirai..
Duhai bndar yg pling brnilai..



Nantikan kdatangan ku..
Akn ku brjuang habis2 an mghabiskan sisa2 pgajianku d sn..
Sblum ku mlangkah ke tmpat baru..
Ya..
Pasakkan azam dan smangat baru..
Utk sem trakhir ini..
InsyaAllah..
Wallahua’lam..

rantaian tasbih...


Hidup kta ini sprti tasbih..awal dan akhir bada dtmpat yg sama..bgittu jga dgan khidupan kta..kta brmula dr Allah SWT dn klak kta jga akn kmbali kpdNya..seutas tasbih adalah sbuah khidupan..awal dan akhir adalah brmula dr titik yg sm..bkan tasbih namanya jka ia trdiri dr sbuah butir,,dn bkan khidupan nmnya jka jka ia brada dlm 1 dmenc shj..khidupan akn mnjd smpurna dn indh skiranya sudah mlewati fasa2 khidupan dn tlah mlewati untaian rasa..suku..duka..gmbira..phit dan tawar..dn sbagainya..utk mlwati smua e2 prlukan ktabahan..kkuatn..dn kbranian..dn prjuangan utk mndaki, mniti dn brlari umpama tasbih yg sdang mlingkar ttapi msih dalam lingkarannya..atau dgn erti kata dlm lingkaran takdir Allah SWT..drpdNya..kta dtg dn kpdNya jga kta prgi..dn mgkin sbb e2 kta mgingati tasbih..dgan cara mgingati Allah dn brzikir sbanyak mgkin..shingga tiada pgakhiran kpd pujian e2..
Derap2 tasbih..hadi s.khuli..

surat dari kekasih...


Saat kau bangun dipagi hari, Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada Ku, walaupun hanya sepatah kata, meminta pendapat Ku atau bersyukur kepada Ku atas sesuatu hal indah yang terjadi di dalam hidupmu kelmarin, tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri
untuk pergi bekerja. Aku kembali menanti. Saat engkau sedang bersiap, Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapa Ku, tetapi engkau terlalu sibuk.
Di satu tempat, engkau duduk di sebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apa – apa pun. Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu. Aku berpikir engkau ingin berbicara kepada Ku tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk mendengarkan gossip terbaru. Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua
kegiatanmu, Aku berfikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepada Ku.Sebelum makan siang Aku melihatmu memandang ke sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepada Ku, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara kepada Ku dengan lembut sebelum mereka makan,
tetapi engkau tidak melakukannya. Tidak apa - apa.Masih ada waktu yang tersisa, dan Aku berharap engkau akan berbicara kepada Ku, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan - akan banyak hal yang harus kau kerjakan. Setelah beberapa hal tersebut selesai engkau kerjakan, engkau menyalakan television, Aku tidak tahu apakah kau suka menonton television atau tidak, hanya saja engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya, tanpa memikirkan apa pun hanya menikmati acara
yang ditampilkan. Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepada Ku. Saat tidur Ku fikir kau merasa terlalu letih. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tak lama kemudian. Tidak apa - apa karena mungkin engkau tidak menyadari bahwa Aku selalu hadir untukmu. Aku
telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari. Aku bahkan ingin mengajarkanmu bagaimana bersabar terhadap orang lain. Aku sangat mengasihimu, setiap hari Aku menantikan sepatah kata, doa atau fikiran atau syukur dari hatimu. Baiklah... engkau bangun kembali dan kembali Aku akan menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberi Ku sedikit waktu. Semoga harimu menyenangkan.


Yang selalu menyertaimu setiap saat,


ALLAH SWT.

sll jd batman or batw0men?!

Bismillah..
"Apabila seseorang itu jaga dari tidurnya di waktu malam dan membangkitkan isterinya lalu kedua-duanya sama-sama menunaikan dua rakaat sembahyang nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan menyebuti ALLAH." -Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari Abi Sa'id.


Hmm…
Nk k0ngc ckt tntg bgun mlm..
Kalo dh nm stdnt rencah khdupan dia…
Putaran pjlnnnya ..
Biasalah..
Xkn lari dr 4K..kelas..katil..kafe..komputer..
E2 bak kata kwn sy..
Tp ye..sy mengiakan jgak la..
Sbb sy pn hkikatnya xprnh lri dr 4 k 2..
Especially k yg blakang 2..hehe..
Dh kalo bkak nk jarakkan dr ckup ssh..
Hmm
Pas2 kalo tme msim exam…
Mjorti stay up kn..
Ni apa yg mata sy nmpk..
Tp wallahua’lam la ..
Tp x msim exam pn sm je..
Suma jd batw0men..suma jd batman..
Wk2 sprtiga mlm bg sstgah org adalah wk2 yg trsgt brhrga..trsgt mhal nilainya..
Krna Allah amat syg kt org yg bgun n jg wk2 2..
Bgun utk bribadat pd Dia..
Bgun utk mgadu sgl2nya pd Dia..
Subhanallah..
Sy prnh trdgar..
Tazkirah tntg solt malam..
Hadis nabi..
Mafhumnya..
Seor g shbt nabi brtanya..dia sll akn trjaga pd wk2 prtiga mlm..
Tp tbuh bdnnya ckup brat utk mgrjakan solat mlm..
Napa jd cm2..
Nbi mnjwb yg mghalangnya adlah himpunan dosa2nya ..
Masyaallah..
Na’uzubillah..
Ya..xnafikan..
Sstgah org mgkin xrasa..tp mmg ada..
Ada sstgah org yg sll trjg mlm tp ckup brat utk bgun bribadah..
masyaAllah..ada plak sstgah glgan yg e2 tlah mnjd biasa..
cuba kta rnungkan sjnak..
gmana kta hndak mnunjukkan rs syukur kta kpd Allah..
siapa yg xprnh jmu mndgar sgl rntihan kta..
dr mn sgl nkmat yg kta proleh..
sgl2 prancangn kta leh wat dgn rapi..tp natijah bg sgl2nya dtg dr sapa..
sy ingatkn dr sy..
dn dr shbt2 sy yg amat sy syg..
cba rnungkan..
apa yg kta buat klu kta trjaga mlm..
kita hdup ntah smpai bla…
Allah mgjutkan kta d wk2 insan lain sdg lena diulit mmpi..
Mgkin Dia hndak mmprknankan doa kita dwk2 e2..
Justeru..jgn lpaskn pluang yg trsgt brhrga 2..
Wallahua’lam..

sep0h0n semalu




Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w
berjalan-jalan bersama puteri baginda,


Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka
berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah
mengatakan kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu


itu berada di situ dengan nada yang
sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada
puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat
berkait rapat dengan wanita. Fatimah
terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah
mengambil pengajaran daripada pohon
semalu ini dari 4 aspek:


pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh diibaratkan
bahawa wanita perlu mempunyai perasaan
malu (pada tempatnya). semalu
mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu,
wanita perlu tahu mempertahankan diri
dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.


semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini
bermakna wanita solehah hendaklah
mempunyai keteterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.
semalu akan kuncup dengan sendirinya
apabila senja menjelang. Oleh
itu, para wanita sekalian, kembalilah ke
rumahmu apabila waktu
semakin senja.


Ambillah mengajaran dari semalu walau
pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil

sdikit2 lm2 jd bukit..

Sedikt2 lama2 jadi bukit..
Peribahasa melayu ada mengatakan sedemikian..
Begitu juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita sebagai seorang umat islam yang mengerjakan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang Allah....terkadang kita sering leka dengan amal kebajikan yang nampakbegitu enteng di mata masyarakat sejagat..tp hakikatnya semua amalan kebajikan itu yang akn menolong kita utk masuk ke Syurga atau Neraka Allah..misalnya mendoakan orang yg bersin..dengan mengucapkan Yarhamkallah..ada salah seorang dari kalangan para sahabat yang mendoakan ksjahteraan org lain..dengan amalannya itu dia diterima utk masuk ke syurga Allah..subhanallah..begitu juga ahli ulama’ tidak pernah berkira utk berbuat baik walau sekecil2 perbuatan..kerana adakah kita tau amalan kita akan dihisab oleh Allah nanti akan diterima atau tidak..maka inilah yang dapat menampung segalanya..insyaAllah..pernah diceritakan pada suatu hari di masjid seorang para sahabat terlihat salah seorang pemuda yang sedang mengasah pensil lalu sisa2 nya dibiarkan begitu sahaja..dia hanya mendiamkan diri dan menunggu pemuda e2 brlalu pergi..kemudian dia sendiri yang mengutip sampah e2 dgan tangannya..krana dia trlalu merebutkan ganjaran dari Allah walaupun ia nampak kecil tapi mulia disisi Allah..insyaAllah..manusia sebenarnya tidak mampu dan tidak mungkin dapat menilai pahala dan dosa disisi allah..walau sekecil2 dosa alangkah takutnya jika e2lah yg akn mncacatkan timbangan amal kita nanti..walau sekecil2 amal..mudah-mudahan ia dterima dan dberkati Allah..

nk menang award..bc ni..

Lapan Anugerah & Orang2 Yang Memperolehinya


1~ Siapa yang meninggalkan cakap berlebihan,dianugerahi insan itu kepadanya kebijaksanaan.


2 ~ Siapa yang meninggalkan pandangan berlebihan dianugerahi insan itu kepada kekhusyukan hatinya


3 ~ Siapa yang meninggalkan makanan yang berlebihan dianugerahinya kepadanya kelazatan Ibadah




4 ~ Siapa yang meninggalkan ketawa berlebihan dianugerahi insan itu kehebatan(di dalam dirinya)


5 ~ Siapa yang meninggalkan gurauan , dianugerahi insan itu keindahan(budi bahasanya)


6 ~ Siapa yang meninggalkan cinta dunia , dianugerahi insan itu kepadanya cinta akhirat


7 ~ Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari aib orang lain maka dianugerahi insan itu kesempatan membaiki aib sendiri


8 ~ Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidik keadaan Allah S.W.T maka dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munaik "

frensh!p..




PERSAHABATAN


Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.


Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.


Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.


Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.


Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

kisah mangkuk cantik

Kisah Mangkuk Cantik, Madu & Sehelai Rambut


Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama-sama sahabat-sahabatnya, Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman r.a., dan 'Ali k.w., bertamu ke rumah Ali k.w. Di rumah Ali k.w. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha., putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.


Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).


Abu bakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".


Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Usman r.a . berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


'Ali k.w. berkata, "Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Rasulullah SAW berkata, "Seseorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Malaikat Jibril AS berkata, "Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


-------------------------------------------------------------------------------------------------
- Meneliti setiap yang berlaku disekeliling kita dengan Mata Hati yang dipandu dengan Keimanan Mutlak terhadap ALLAH SWT.


- Menginsafi setiap yang dikurniakan ALLAH, sama ada berkaitan dengan kita mahupun tidak, sebagai satu nikmat yang amat bernilai meskipun ianya rambut yang gugur dalam makanan kita.


- Muhasabah diri, lihatlah bagaimana Rasulullah SAW terus sahaja mengajak sahabatnya membuat perbandingan yang cenderung kepada mentauhidkan ALLAH, sedangkan kita lebih cenderung mencerca makanan bilamana terdapat rambut pada makanan kita.

jangan marah2 au..

“Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan (baca: tuliskan), itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia…”
Entah, malam ini hati kuresah sekali. Kiranya ini semua gara-gara dosaku. Dosaku yang sukar memaafkan… lantas hatiku dihiris rasa bersalah. Dan rasa bersalah itu sungguh resah. Aku taubat padaMu ya Allah, semoga aku terus diizinkan bermujahadah untuk memaafkan (bahkan melupakan) kesalahan orang lain padaku. Dan sentiasa sedar bahawa dosa dan salahku pada merekalah yang lebih banyak dan membelenggu. Untuk itu, aku tatap semula tulisan lama ku untuk kutatap sendiri. Ah, sukarnya meluruskan jiwa, lebih sukar daripada melaraskan bahasa dan kata. Untuk ku dan untuk mu (sahabat-sahabatku), mari kita tatap semula tulisan lama ini... Mudah-mudahan jadi peringatan untuk diri & “diri-diri”


Ah, terlalu sukar memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-iang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah ‘orang-orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong-tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, bila mengenangkan ‘musuh-musuh’ itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ku. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri… ada suara lain yang bergetar. ‘Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan… lupakan, cintakan, sayangkan. Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
“Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nesacaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara.”
Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.
Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu, aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan kuterjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!
Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan kubawa dalam safar kehidupan yang pendek itu. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
“Apa yang kita berikan akan kita terima kembali.”
Ah, betapa leganya sekarang… Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar dalam tazkirah – yang punya tabsyir dan inzar – bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ’syurga’ yang fana, sebelum syurga yang baqa.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi… siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil dan kecil itu untuk terus berdendam? Ya, Allah, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang… aku ‘terlanjur’ menumpang hak-MU.
Nukilan asal..ust pahrol..genta rasa..
Mgkn mudh dtrima oleh aqli tp amalinya prlukan mujahadah yg trsangat2 kuat..insyaAllah boleh..
Org lain bleh napa kta xbleh..
Fkir2kan…
Marah e2 api..api hnya bleh dsejukkan dgan air..ambillah wudhuk..insyaAllah kita bleh kmudi hati kita dgn jln yg sbtulnya..
Wallahua’lam..

ketahuilah..

Ketahuilah


tentang 4 perkara


4 ALAMAT ORANG CERDIK


1. Berani menempuh bahaya
2. pandai bermanis muka dengan musuh
3. pandai melihat kesempatan, dan
4. dapat menimbang pertimbangan orang lain






4 ALAMAT ORANG BERIMAN


1. meninggalkan maki
2. menjauhi menyakiti hati orang
3. lekas memberi ampun, dan
4. teliti menjatuhkan hukuman


4 TANDA ORANG BERAKAL


1. Cinta pada ilmu
2. tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. bagus jawabnya
4. banyak benarnya


4 ALAMAT ORANG RENDAH


1. Membuka rahsia
2. pendendam
3. penggunjing
4. memburukkan kawan


4 YANG MENIMBULKAN CINTA


1. muka jernih
2. sudi menolong
3. sudi menghindarkan selisih
4. menjauhi munafik


4 SOAL YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN HIDUP


1. Benar perbicaraannya
2. malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. baik budinya
4. suka berterima kasih


4 SEMPURNA DENGAN 4


1. ilmu dengan larangan
2. agama dengan takwa
3. amal dengan niat
4. kemuliaan dengan kelebihan


4 MESTI DIJAGA


1. Teguh menjaga kehormatan
2. redha menerima sedikit
3. berbuat kebaikan setiap hari
4. memelihara lidah


4 MACAM PERCARIAN


1. pertama akal,ialah orang yang hidup dengan bertani
2. pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. kehilangan akal, mencari dengan tidak halal


Wallahualam


Jln capai takwa mujahadah(lawan nafsu),jaga k'bersihan hati(jgn mkn byk,m'baca al-quran)dan bersih kan hati dari nafsu.

main2 aje tau..jgn pcy bult2 lak..hehe

12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir


1. Ketulenan
-Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang
tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan
boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka
menjadi
yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin
atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.


Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat
yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah
secara terbuka.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk
Hogan,Coral
Burnett, Wynona, Judd, Nancy, Reagan, Requel
Welach


2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap
keperluan dan perasaan orang lain sebelum
mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka
mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan
adalah penting buat mereka dan berupaya
mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika
hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu,
mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai
kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan
secara terbuka tanpa berselindung.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,
Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik
dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang
dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup
melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
Mereka
sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu
dengan lebih realistik.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie
Griffith, Salvador Dali, Jodie Foster


4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham
sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka
lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup
melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Mereka
mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai
pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya
untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan
bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld
Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap
ingin
tahu dan suka mengambil risiko serta sangat
bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka
disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka
memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari
sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak
pernah terhenti.


- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu
dengan teliti dan mendapat semua fakta yang
diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.






Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica
Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen
Kellar
dan Mark Hamil.


6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan
sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan
kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
Perasaan mereka mempengaruhi keputusan
mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu
dan
menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru
yang
terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada
sesiapa
yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh
diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver,
Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang
tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima
sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi
keputusan
mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada
disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka
dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan
sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan
berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik
dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri
dan mereka perlu belajar untuk menerima
kenyataan dunia sebenar.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal
Jackson,
Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang,
penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang
hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan
yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia.
Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka
akan memberitahu seseorang dengan cara mereka
tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat
keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada
mengikut keperluan orang lain.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,
Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin,
Nostrodamus.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk
menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak
mempunyai masalah untuk berkawan dengan
sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun
yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai
sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka
untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang
boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut
persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik
tetapi
juga boleh menderita akibat terlalu bergantung
kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya
golongan ini perlu membina landasan kasih
sayang.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison
Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley