c0mplete da puzzle..






Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah swt akan berfirman pada hari qiamat,"Di mana orang yang berkasih sayang dengan keagunganKu (kerana Allah yang Maha Agung)? hari ni akan Aku naungi mereka di bawah naunganKu pada hari tiada naungan selain naunganKu." Riwayat Muslim

persahabatan yang ideal yg mnjadi matlamat ukhwah yg dibina boleh diibaratkan seperti sebuah jigsaw puzzle.

Setiap hari kita melakukan kebaikan-kebaikan yang dapat mengeratkan lagi tautan hati untuk melengkapkan erti persahabatan yang diimpikan, seperti meletakkan cebisanjigsaw puzzle pada tempatnya untuk melengkapkan sebuah gambar. 

Kali ini gambar yang ingin kita siapkan adalah gambaran ukhuwah kerana Allah dan cebisan jigsaw puzzle pula adalah usaha & kebaikan yang kita lakukan saban hari untuk tujuan ini. 

Setiap cebisanjigsaw puzzle(usaha) harus kena pada tempatnya, jika tidak gambar yang siap nanti akan kelihatan kurang sempurna. Biar sekecil atau sebesar mana sekali pun cebisan itu, ia tidak boleh dipandang ringan kerana semuanya penting untuk melengkapkan gambar (persahabatan) tadi.


Antara cebisan yang penting adalah niat ikhlas kerana Allah, pemaaf & baik sangka. Ini adalah cebisan yang kita mudah jumpa tempat letaknya dalam jigsaw puzzlepersahabatan kita.

Satu cebisan penting yang kebanyakan kita sering abaikan adalah kesanggupan menegur kesilapan kawan.
 Jigsaw puzzle yang tiada cebisan ini akan nampak cacatnya. 
Memang tidak dinafikan sering kali susah untuk kita temui tempat letak cebisan tadi dan risau kalau cebisan itu mencacatkan seluruh gambar (persahabatan) yang kita usahakan dari awal.
 Inilah cabaran untuk menyiapkan jigsaw puzzle kita !
 Ini jugalah cebisan penting yang menjadi penentu keindahan & keunikan gambar kita, bahkan ia pelengkap kejayaanjigsaw puzzle ini, seperti yang dinukilkan dalam surah Ali-Imran, ayat 104:

"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh(berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."



Rasulullah juga pernah mengingatkan kita keperluan cebisan ini dalam hadis riwayat Imam Muslim;

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. Hadis riwayat al-lmam Muslim.



"nasihat untuk umat Islam seluruhnya" bermaksud membimbing ke arah kebaikan dunia & akhirat.

Menegur itu bukan mudah & manusia hanya sanggup bersusah payah demi sesuatu yang dikasihinya. 
Ditegur itu adalah tanda disayangi.
Buktilah sayang kita kepada seorang sahabat dengan kesudian menegur kesilapannya. Ini mungkin satu-satunya pengorbanan kita yang terbesar.

Terima kasih kepada semua sahabat yang sedia membimbing & menegur diri ini menjadi seorang yang lebih baik. Moga manisnya ukhuwah ini terus terasa di akhirat sana
amin ya rabbal alamin..

No comments:

Post a Comment