..milik siapa piala itu..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
apa khabar ramadhan semua?..
sem0ga tetamu kita semua itu dilayan dengan sebaik2nya..sesempurna2 yang mungkin..

 Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.           
                                                    (surah alBaqarah : 183 )


sayu tetiba..
sangat2 hiba..
memikirkan ramadan semakin menutup tirainya..
tapi apakah yang dilakukan bagi meraikan tetamu istimewa ini..
alhamdulillah kiranya kita diberi petunjuk..
tetapi berd0alah juga buat mereka yang masih kabur..
dan sem0ga kita tidak hanya menerima tetapi peganglah petunjuk ini dengan perlaksanaan yang terbaik..


khabarnya 'dia' diikat..
khabarnya 'dia' ditambat..
syaitan yang xakan berhenti menyesatkan manusia..
tetapi..
kenapa pan0rama sekarang se0lah2 'dia' masih ada..
se0lah2 dia ada dekat bersama2 manusia..
bagaimanakah hakikatnya kefahaman kita sebenarnya?..
ya..sebenarnya dia memang diikat..
bulan ramadhan ini mengurangkan p0tensinya untuk menghasut..
tetapi biar dia diikat..apakah dia tidak boleh menggigit?..
umpama anjing yang diikat..
anjing 2 xdak p0tensi ke nak gigit kalo kita dekat dengan dia?..
renung2kan sahabat..

syaitan tertambat..
tetapi manusia yang menghabiskan masa dil0kasi 'pengurungan' syaitan 2..
tidakkah se0lah2 menyerah diri secara rela untuk dibaham?..
ketahuilah sahabat2..
punca kejahatan manusia itu ada diluar dan didalamnya!!
jika anasir asingnya adalah syaitan..
sumber paling berbahaya pula adalah hawa nafsu sendiri!!..
s0o..
sama2 fikirkan..
siapa yang harus dipersalahkan sebenarnya?..
kejahatan dalam bulan Ramadhan adalah KEJAHATAN TULEN!!
tiada campur tangan syaitan pada kederhakaan dirinya!!
0leh itu sahabat2ku sayang..
sama2 kita beringat bila melangkah..


sahabat2ku sekalian..
kita sudah di penghujung fasa yang kedua..
fasa yang ketiga sudah terintai2 untuk menghampir dan dihampir..
jika kita umpamakan Ramadan ini seperti perlawanan b0la sepak..
separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba2 mengintai pihak lawan...
berkhayal mencari strategi dalam bayangan..
atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan..
semua 0rang sudah tahu apa peranan masing2..
dan sudah tiba masa untuk menyerang..
apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?..
andai masih 0-0 perlu dikaji..ada yang tidak kena..
maksiat kita tinggalkan..
tapi kebaikan tidak pula kita lakukan..
tambah2 lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata2 'rakan syaitan', jin dan manusia tertambat..
dan bukannya kerana dorongan mahu menghampiri Tuhan..
jangan lupa..

 "BUAT SESUATU KERANA SELAIN ALLAH ITU RIYAK..
MENINGGALKAN SESUATU KERANA SELAIN ALLAH ITU JUGA RIYAK..

andai kata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0,syukurlah kepada Allah..
namun kita belum selamat..
pasuka nafsu terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan..
mereka tidak henti2 menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan..
tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa..
melepasi pertahanan pasukan nafsu yang degil itu..
biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat..
bukan sentiasa berada di atas urat..
raya semakin menghampir..
penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang..
pekiknya makin menggerunkan..
jangan pula kalian lemah semnagat kerananya..
kita pasuka tuan rumah..
harus menang sekurang2nya digelanggang sendiri..
namun..kalau sudah masuk dipusinag kedua,masih lemah ditinggalkan masa..
hubaya-hubaya(berhati-hati)..
kamu diambang kekalahan!!
piala Taqwa itu bakal jatih ke tangan orang lain..
iaitu ke tangan pasukan nafsu yang memang diketahui..
tidak akan mengenang..dan tidak akan kenal piala Taqwa itu..
ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita..
ia hanya mahu melihat piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita..
apakah musim depan kita diberi peluang untuk masuk ke gelanggang?
tiada se0rang pun yang berani memberikan jawapan..
bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada ditangan kita adalah sekarang!!
masa lalu telah berlalu..
masa hadapan tidak pasti kesampaian..
dan masa sekarang yang ada di tangan kita..
hanya tinggal separuh masa kedua..
apakah masih ada ruang untuk berlengah?..

jibril datang kepadaku dan berkata, wahai Muhammad siapa yang menjumpai bulan Ramadan..
namun setelah bulan itu habis dan dia tidak mendapat ampunan, maka jika mati dia masuk neraka..sem0ga allah menjauhkannya. katakan Amin!aku pun mengatakan: Amin!..
                                                               (riwayat ibnu khuzaimah dan ibnu hibban dalam sahihnya)


sumber rujukan : buku transformasi ramadhan, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

No comments:

Post a Comment