..return..

Bismillah..
Hmm..c0retan kali ni ingin sy bw kan 1 kisah..
Buat ssiapa yg sudh sedia maklum anggplah sbg ‘warm up’ blek dr sy
Rnungkan bersama..
Sebesar apapun dosa seseorang apabila dihadapkan pada anugerah allah maka dosa e2 tidak ada yang besar.apabila seseorang sentiasa berprasangka baik kepada Allah maka Allah akan memberikan yang terbaik baginya. Bagaimanapun juga rahmat Allah lebih besar daripada segala bentuk dosa.
Suatu hari sayidina Umar menemui Rasulullah, Umar datang dengan tangis yang tersedu-sedu. Melihat tingkah Umar, Rasulullah menjadi hairan. Apa yang terjadi kepada Umar..
Wahai Umar kenapa kamu masuk rumah sambil menangis tersedu-sedu?
Diluar ada orang menangis tersedu-sedu, ya Rasulullah dan saya terharu melihatnya sehingga saya ikut menangis.
Sudahlah Umar, suruh dia masuk ke dalam!tanyalah apa yang sampai membuatkan dia menangis seperti itu?
Kemudian Sayidina Umar mempersilakan orang yang menangis itu di luar kediaman Rasulullah untuk masuk ke dalam. Orang tersebut masih menangis tanpa henti kemudian Rasul bertanya kepada orang itu..
Kenapa kamu menangis?
Saya berdosa Ya Rasulullah..
Dosa apa?
Saya malu menyatakannya ya Rasulullah dosa saya terlalu besar.
Besar mana dosamu dengan dunia seisinya?
Besar dosa saya, ya Rasulullah..
Besar mana dosamu dengan lautan sedunia?
Besar dosa saya ya Rasulullah
Besar mana dosamu dengan gunung ganang sejagat?
Besar dosa saya Ya Rasulullah..
Besar mana dosamu dengan langit tingkat tujuh?
Besar dosa saya Ya Rasulullah..
Besar mana dosamu dengan Arasy?
Semua yang dinyatakan oleh nabi dijawab
Besar dosa saya ya Rasulullah..
Kemudian Rasul kembali bertanya
Besar mana dosamu jika dibandingkan dengan rahmat Allah?
Mendengar pertanyaan Rasulullah e2 orang itu langsung terperanjat..
Oh..kalau e2, jelas benar rahmat Allah, ya Rasulullah
Ternyata orang yang berdosa ini masih mempunyai sangka baik kepada Allah..
Sekarang kalau memang kamu benar2 berniat taubat, kenapa kamu mesti malu..sudah kamu tidak usah malu. Ceritakan saja apa yang telah kamu perbuat, perintah Rasulullah.
Baiklah Ya Rasulullah..
Kemudian orang itu bercerita apa yang diperbuatnya..
Ya Rasulullah, saya ini adalah seorang pencuri kain kafan orang yang sudah meninggal. Jika ada orang yang meninggal dunia dan kemudian dimakamkan, malamnya kuburan itu saya gali. Mayatnya saya naikkan keatas, kafannya saya ambil kemudian saya tanam semula. Itu untuk mayat2 lelaki. Tetapi bila mayat wanita saya setubuhi dahulu kemudian saya kebumikan lagi ya Rasulullah. Orang itu bercerita dengan perasaan takut yang tiada tara. Rasulullah terkejut denagn apa yang didengarinya. Baginda tidak menduga sampai sejauh itu yang telah dilakukan oleh orang tersebut.
Sehingga Rasulullah berkata: wahai kamu ahli maksiat, menyingkirlah kamu, menyingkirlah, menjauhlah kamu daripadaku. Jangan sampai api Allah jatuh mengenaiku.
Mendengar ucapan Rasulullah orang itupun semakin sedih. Sama sekali dia tidak menduga bahawa Rasulullah akan mengusirnya. Dengan hatinya yang gundah gulana, orang itu meninggalkan kediaman Rasulullah. Jiwanya rapuh seketika kebingungan menyelimuti dirinya.
Orang itu berjalan sambil menitiskan airmata yang semakin lebatnya.sehingga dia sampai di padang pasir yang sangat luas dan panas, Dia terus menangis, kepalanya diusap-usapkan diatas padang pasir diatas padang pasir yang sangat panas. Dia tersungkur dan terus menagis tanpa hati. Ditengah2 kegelisahan yangtiada bertepi, orang itu menadahkan tangan dan berdoa pada Allah. Dia mengadu atas apa yang baru menimpa pada dirinya.
“ ya Allah, begitu besar dosa yang telah aku lakukan. Aku benar-benar ingin bertaubat , akan tetapi Rasulullah mengusirku. Sekarang tinggal Engkau Ya Allah. Jika Engkau memang tega kepadaku, atas segala yang telah kulakukan. Jika Engkau tega melihat keadaanku yang seperti ini, ya Allah, maka bakar saja aku didunia ini,sebelum Engkau bakarku di akhirat nanti, sebelum Kau campakkan aku kedalam nerakaMu. Bakar, bakar..bakar saja aku ya Allah, jika memang taubatku tidak diterima lagi. Seketika setelah berdoa, orang itu sudah tidak bernyawa..orang yang ahli maksiat itu meninggal dunia bersama penyesalan dirinya..
Kemudian Allah memerintahkan kepada Malaikat jibril untuk datang kepada Nabi Muhammad. Jibril, datanglah engkau kepada kekasihku Muhammad. Tanyakan padanya.
Siapakah yang mencipta manusia?kalau dia jawab Allah, tanyakan lagi,
Siapakah yang menghidupkan manusia?
Kalau dia jawab Allah tanyakan lagi,
Siapa yang menerima taubat manusia?
Apabila dia menjawab Allah, perintahkan kepada Muhammad untuk mengajak sahabat-sahabatnya melawat jenazah orang yang bertaubat itu, orang yang telah diusir oleh Muhammad.
Perintahkan kepada Muhammad untuk menyolati, sebagaimana dia menyolati orang mukmin. Beritakan kepada Muhammad bahawa dosa-dosa orang tersebut telah ku ampuni.
Subhanallah..betapa Allah e2 Maha Pemurah dan Penyayang dgan hamba2nya..
‘dan berdoalah kepadaku nescaya aku akan perkenankan kepadamu”
Konklusinya..selalulah bertaubat kpdNya kerana kita adalah manusia yg xpernah sunyi dr mmbuat ksilapan..
Wallahua’lam..
Sgl salah dan silap harap diperbetulkan k..

No comments:

Post a Comment