buat adek2 ku syg..

"ada dua kenikmatan yang membuat banyak orang terpedaya..yakni nkmat chat dan waktu lapang.."-hadis riwayat bukhari-


“Bosan ‘gila’ tak buat apa-apa”, terlakar kata-kata ini di sebuah blog adik lepasan SPM.




Jika anda sedar anda sedang bosan, maka sebenarnya anda normal sebagai seorang manusia. Anda sedar bahawa anda tidak berbuat apa-apa. Tetapi masalahnya anda keliru. Tapi anda sendiri pun tak tahu kenapa anda keliru.

Sekeh sekali kepala tu.

Tak adalah. Saya bergurau.

Tanya kenapa anda bosan. Dua sebab kenapa bosan, atau istilah orang putihnya ‘boring’ kerana anda hanya duduk tidak buat apa, ataupun anda buat kerja yang sama berulang kali


mencuba aktiviti baru..



Setiap hari main badminton.

Setiap hari masak maggi.

Setiap hari duduk tak buat apa.

Jiwa anda memberontak sebenarnya. Sedarkan diri, mulakan mencari!



AIR YANG MENGALIR

Air sifatnya mengalir. Jika air itu terbiar, ia akan bertakung berlumut dan kotor. Manusia juga sifatnya sedemikian, seperti mana pepatah arab
“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Maka sebenarnya lengahnya pemuda-pemudi hari ini tidak sedar masa kosongnya telah jauh memotong diri mereka lantaran begitu pasifnya anak-anak muda hari ini.

Sangat pasif.

Tatkala hari ini anak-anak muda Melayu sibuk terpinga-pinga tak tahu buat apa-apa, orang Cina jauh ke hadapan nun berniaga bersama membantu keluarga. Mereka belajar bercakap bahasa asing, belajar berniaga, skill, belajar benda baru, mencari kewangan dan sebagainya.

Anak Melayu masih ramai lagi merempit.

Kasihan. Tak tahu nak buat apa, merempitlah untuk melaksanakan perintah jiwa yang bergelora tak tahu nak buat apa. Kalau tidak merempit, duduk berlepak dengan kawan-kawan sampai lewat malam. Kesudahan daripada itu, macam-macam kes buruk lagi timbul.

Semua angkara BOSAN.

Jika nampak BOSAN itu ibarat air yang bertakung, maka cerunkan lagi dasarnya. Jadikan ia mengalir, renew dan jernih. Itulah kita sebenarnya.



BOSAN ITU PELUANG
Ketika saya makan nasi kerabu, terfikir saya betapa hebatnya orang-orang Melayu dahulu mencipta nasi yang variasi. Mati-mati saya ingat nasi kerabu itu berwarna biru kerana mereka letak pewarna.

Barangkali nasi kerabu itu tercipta gara-gara begitu bosan dengan resepi nasi lemak.

Tak cukup dengan itu, nasi kerabu diletakkan daging, lada sambal, tauge dan sebagainya, jadilah satu pakej lengkap bernama nasi kerabu. Sudah tentu, hasil daripada nasi kerabu itu adalah rentetan manusia yang berkali-kali bosan. Lantas, terciptalah satu resepi yang baru!

Ketika saya cuba mendalami pemikiran kreatif, satu perkara yang saya sedari bahawa sebenarnya untuk mempertingkat daya kreativiti tidaklah susah. Daripada susah-susah kita mereka cipta dan sebagainya, satu latihan yang terbaik adalah anda memperbaik apa yang anda belajar hari ini. Sekiranya hari ini anda belajar grafik dari Adobé Photoshop tentang satu efek. Esok pagi belajar atau cipta satu teknik dan efek baru. Terus menerus belajar mencipta dan belajar benda baru, istiqamah.

Tidakkah bosan diri tidak berkembang seperti air yang bertakung?
Sebab itulah kita bosan. Kita hanya belajar apa yang kita fahami, apa yang kita suka. Tidak reti-reti nak explore perkara yang baru. Banyak lagi skill yang kita boleh pelajari namun, semua bergantung pada diri masing-masing.

Saya pesan lagi sekali. Jadikan bosan sebagai peluang.

Kerana bosan menjadikan kita daripada hanya dihidang, menjadi orang yang pakar memasak. Kerana bosan menjadikan kita lebih kuat bercakap daripada kuat diam. Bosan juga boleh menjadikan satu aktiviti kreatif yang bermanfaat, melukis komik untuk tujuan dakwah. Kenapa tidak?



MANGSA BOSAN
Tak perlu nak sebut anda bosan. Bagi saya, orang yang menjadi mangsa pada kebosanan ini sebenarnya kalah dengan masa, kalah dengan jiwa dalamannya. Orang yang selalu bising mereka bosan adalah manusia reaktif yang menunggu persekitaran yang menggerakkannya.

Berbeza dengan orang yang proaktif, ada sahaja kerja yang hendak dibuatnya. Mereka tidak perlu tanya kenapa mereka bosan dan mereka hanya perlu teruskan kerja atau lebih baik, mencipta benda-benda baru.

Kasihan dan kelakar kepada mangsa bosan. Bosan mendominasi diri, lantas katil menjadi anak tiri. Jika tidak, televisyen, motor, basikal, duit pula yang digunakan untuk memuaskan diri. Asalkan cukup kuota bosan, selesailah.

Bagi yang sebegini, sekeh sekali lagi kepala anda.

Anda mungkin akan hilang bosan jika tiap-tiap hari bermain-main dengan semua itu. Tetapi, semakin lama ia akan merosakkan diri. Ia tidak puas, malah ia nafsu. Tidak ada dalam mana-mana penyelesaian untuk mendidik diri adalah dengan memuaskan hawa nafsu. Hawa nafsu sifatnya merosakkan, maka, cara untuk mendidiknya adalah bertentangan dengan sifat nafsu itu.Kita perlu tegas, ketuk, sekeh nafsu tu.

Biarlah nafsu yang jadi pak turut (mutmainnah)

Jadikan ia satu yang bermakna untuk kita lakukan setiap aktiviti harian. Jangan lupa, setiap perkara yang Allah jadikan buat diri kita, tak kiralah ia satu kelemahan buat manusia, atau ia adalah satu kelebihan, ada hikmahnya. Maka, carilah signifikannya.

Kerana itulah Rasulullah menyebut,

“Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum miskin, hidupmu sebelum mati, dan waktu sebelum sibuk” (Hadis Riwayat Al Hakim dan Al-Baihaqi)


entri ini dtujukan khas buat adik yg kt umah 2..
n buat dr sy jgak..
wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment