sep0h0n semalu




Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w
berjalan-jalan bersama puteri baginda,


Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka
berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah
mengatakan kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu


itu berada di situ dengan nada yang
sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada
puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat
berkait rapat dengan wanita. Fatimah
terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah
mengambil pengajaran daripada pohon
semalu ini dari 4 aspek:


pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh diibaratkan
bahawa wanita perlu mempunyai perasaan
malu (pada tempatnya). semalu
mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu,
wanita perlu tahu mempertahankan diri
dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.


semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini
bermakna wanita solehah hendaklah
mempunyai keteterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.
semalu akan kuncup dengan sendirinya
apabila senja menjelang. Oleh
itu, para wanita sekalian, kembalilah ke
rumahmu apabila waktu
semakin senja.


Ambillah mengajaran dari semalu walau
pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil

No comments:

Post a Comment