main2 aje tau..jgn pcy bult2 lak..hehe

12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir


1. Ketulenan
-Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang
tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan
boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka
menjadi
yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin
atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.


Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat
yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah
secara terbuka.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
1:
Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk
Hogan,Coral
Burnett, Wynona, Judd, Nancy, Reagan, Requel
Welach


2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap
keperluan dan perasaan orang lain sebelum
mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka
mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan
adalah penting buat mereka dan berupaya
mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;
tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika
hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu,
mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai
kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan
secara terbuka tanpa berselindung.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,
Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik
dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang
dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup
melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
Mereka
sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu
dengan lebih realistik.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
3:
Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie
Griffith, Salvador Dali, Jodie Foster


4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham
sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka
lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup
melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Mereka
mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai
pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya
untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan
bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld
Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap
ingin
tahu dan suka mengambil risiko serta sangat
bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka
disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka
memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari
sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak
pernah terhenti.


- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu
dengan teliti dan mendapat semua fakta yang
diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.






Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica
Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen
Kellar
dan Mark Hamil.


6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan
sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan
kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
Perasaan mereka mempengaruhi keputusan
mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu
dan
menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru
yang
terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada
sesiapa
yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh
diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver,
Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang
tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima
sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi
keputusan
mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada
disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka
dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan
sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan
berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik
dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri
dan mereka perlu belajar untuk menerima
kenyataan dunia sebenar.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
7:
William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal
Jackson,
Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang,
penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang
hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan
yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia.
Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka
akan memberitahu seseorang dengan cara mereka
tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat
keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada
mengikut keperluan orang lain.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
8:
Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,
Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin,
Nostrodamus.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk
menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak
mempunyai masalah untuk berkawan dengan
sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun
yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai
sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka
untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang
boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut
persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik
tetapi
juga boleh menderita akibat terlalu bergantung
kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya
golongan ini perlu membina landasan kasih
sayang.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir
9:
Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison
Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

No comments:

Post a Comment