gunung yang menghempap...




pabila terasa diawasi tuhan
rasa berdosa setiap masa
rasa hina diri dengan tuhan
rasa syukur dengan nikmatNya..
jiwa derita dengan dosa
hati rasa kurang amal padaNya..
itulah hakikat sifat kehambaan manusia..
mukmin sejati sentiasa waspada
dari dosa tanpa sengaja
apatah lagi dosa yang nyata
umpama gunung jatuh padanya..
tgah wat nota..mata pn dah lali..ngantuk..
wt keja lain jap
bc blog kwn..tiba2 trdgar lgu ni..lirik yg bgitu trasa..bgitu mgingatkn..
pas2 kbtulan trbaca tulisan saudara hilal asyraf..
tntang ini...
Pernahkah kalian berbuat dosa?
Kita bukanlah maksum seperti Rasulullah, dan iman kita pula tidaklah sehebat Abu Bakr RA, dan kita tidak pula sekuar Umar Al-Khattab RA. Dalam kehidupan kita, pastinya pernah melakukan dosa.
Saya tidak mahu hendak mengklasifikasikan dosa itu dengan dosa apa. Pada saya, cukuplah anda mengetahui yang anda pernah melakukan dosa. Maka, saya ada soalan cepu mas untuk anda.
Apakah perasaan anda bila melakukan dosa?

Sebahagian manusia, dia menganggap dosa hanyalah ibaray lalat yang hinggap pada batang hidungnya. Dikuis, ia akan berlalu pergi begitu sahaja, dan kita pun akan melupakan yang lalat itu pernah hinggap di hidung kita.
Sambil lewa dengan dosa, begitulah layanan kebanyakan insan terhadap dosa mereka. Ini adalah tanda kurangnya sensitiviti mereka dengan amaran-amaran ALLAH SWT. Lebih teruk lagi, terdapat pula manusia yang menghalalkan dosa.
Mereka berkata,
“ Alah, biasalah tu…”
“ Ini memang trend zaman sekarang la.”
Malah, ada yang dengan senangnya berkata,
“ Tidak mengapa, ALLAH kan Maha Pengampun?”
Saya hanya tersengih.
Sepatutnya, kata-kata “ tidak mengapa, bukankah ALLAH itu Maha Pengampun?” itu digunakan oleh mereka yang bersungguh-sungguh dalam mencari keampunanNya, yang insaf dan berusaha untuk tidak kembali kepada dosanya, yang rasa sempit bila melakukan kesalahan sehingga sesak dadanya, lalu untuk melapangkan jiwanya, dia mengucapkan kata-kata itu sebagai tanda keyakinannya bahawa ALLAH akan menerima taubatnya.
Bukannya kita mengucapkan “ Tidak mengapa, ALLAH kan Maha Pengampun?” sebagai lesen untuk kita terus berbuat dosa.
Dosa. Bagaimanakah agaknya manusia memandangnya?
Benar kata-kata saya, ibarat lalat yang hinggap di batang hidung. Dikuis pergi, maka seringan itulah anggapan manusia terhadap dosa.
Tetapi bagaimana pula agaknya manusia-manusia yang beriman kepada ALLAH SWT dengan keimanan yang sebenar-benarnya melayan dosa?
Pada saya, manusia yang beriman dengan ALLAH SWT dengan keimanan yang sebenar-benarnya, akan merasakan bahawa, dosa itu ibarat gunung yang menghempap ke batang hidungnya.
Tiada manusia yang maksum selain Rasulullah SAW. Ulama’, abid, hatta sahabat Rasulullah SAW juga ada melakukan kesalahan dan kesilapan.
Tetapi bagaimana agaknya manusia-manusia ini melayani dosa mereka?
Kita lihat Abu Dzar Al-Ghifari RA, apabila dia memanggil Bilal bin Rabah RA dengan panggilan anak hitam, dan Bilal bin Rabah RA mengadu kepada Rasulullah SAW, lantas Rasul SAW bersabda,
“ Wahai Abu Dzar, sesungguhnya dalam diri kamu masih terdapat jahiliyah”
Apakah yang dilakukan oleh Abu Dzar RA? Dia terus meletakkan kepalanya di atas tanah, dan meminta Bilal bin Rabah memijak kepalanya sebagai balasan. Takutnya dia, akan dosa dan kesilapannya yang telah dia lakukan, walaupun dia adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang besar.
Seorang alim, sentiasa membawa lilin bersamanya. Bila dia rasa ingin berbuat dosa, maka akan dia nyalakan lilin itu, lalu menyuakan jarinya kepada api lilin. Bila panasnya tidak tertahan, dan kulitnya hampir terbakar, dia menarik semula jarinya itu, lantas berkata,
“ Wahai diri, jika engkau tidak mampu menahan api dunia ini, maka janganlah kau bermimpi hendak menyentuh api neraka nanti…”
Lihat, bagaimana mereka berinteraksi dengan dosa?
Sensitiviti mereka terhadap dosa amat tinggi. Tidak sedikit pun mereka meringan-ringankan.
Hal ini membuatkan saya teringat peristiwa di kelas Kuliah Madkhal Ila Tasyri’ bersama Dr Asyraf Banu Kinanah, apabila dia menyatakan dosa-dosa besar. Dia menyatakan satu persatu dosa-dosa besar, sehingga seorang pelajar bertanya,
“ Ya doktor, aina sogho’ir?” Wahai doktor, mana dosa-dosa kecil?
Dr Asyraf Kinanah menjawab, “ Kenapa? Kamu hendak melakukannya kah?”
Lihat, walau dosa kecil pun, dilihat besar dan menakutkan oleh orang yang beriman. Sebab itulah, para ulama’ meninggalkan beberapa perkara yang halal, dan menjauhi perkara-perkara yanng syubhah. Semuanya kerana takut akan dosa, pengingkaran kepada ALLAH SWT.
Kenapa agaknya mereka teramat takut walaupun dosa kecil?
ALLAH SWT berfirman dalam Surah Al-Zalzalah,
“ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung. Dan barangsiapa yanng melakukan kejahatan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung”
Sebesar zarah. Bagaimana agaknya sebesar zarah itu? Adakah sebesar bola? Adakah sebesar pasir? Bukankah sebesar zarah itu memerlukan beberapa kali pembesaran mikroskop? Hatta sebesar itupun tidak akan terlepas dari pandangan ALLAH SWT.
Sebab itulah dalam Surah An-Naba’ ayat 40, ALLAH SWT menceritakan,
“ Sesungguhnya KAMI mengingatkan kepada kamu azab yang dekat, pada hari manusia melihat(balasan) atas apa yang diperbuat oleh kedua tangan mereka, dan(pada hari itu) orang-orang yang kufur akan berkata, alangkah baiknya jika aku ini dahulu dijadikan sebagai tanah”
Tetapi bagaimana agaknya kita?
Bagaimanakah kita melayani dosa-dosa?
Ibarat lalat yang hinggap di batang hidungkah? Atau ibarat gunung yang menghempap?
Maka saya tinggalkan kamu dengan ayat ALLAH SWT yang bermaksud,
“ Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu, dan ahli keluarga kamu dari api neraka” At-Tahrim ayat 6.

2 comments: