...r0da berputar...


Ia datang…
Ia xpernah jemu menjenguk..
Ia xpernah lupa mengintai..
Ia semakin kerap melambai..
Kerana bekalan ddalam itu kosong..
Kerna itu tiada yang menghalangnya..
Kerna itu tiada yang mampu mendidiknya..
Pusatkan ia hanya jauh dibalik fikiranmu..
Usah  beri ia ruang untuk menjadi raja dalam dirimu..
Kunci ia hanya dihatimu..
Lafazkan ia hanya didalam dirimu..
Sabarkan hatimu duhai diri..
Kentalkan jiwamu wahai si kerdil ini..
Genggam ia separuh kejap..
Pegang ia separuh erat..
Biarkan ia bernafas seadanya..
Biarkan musim menggantikan warnanya..
Biarkan masa menghitung jejaknya..
Jauh itu dekat… dekat itu hakikatnya jauh..
Persiapkan dirimu selengkapnya..
Solekkan batinmu sebaiknya..
Biarpun yang dihadapan itu semuanya  hanya ada dalam pengetahuanNya..
Bukakanlah hatimu seikhlasnya..
Redhailah dirimu tiap masa tiap ketika..
Pasti dirimu akan tersenyum bahagia..

No comments:

Post a Comment