Showing posts with label santapan rohani. Show all posts
Showing posts with label santapan rohani. Show all posts

..cinta yang tidak bermusim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Sahabat2ku sayang..
“mari duduk sebentar..beriman sejenak” –hasan albanna-

Hari ini genap seminggu dari tarikh keramat yang kita ingati..
Sambutan maulidur rasul yang begitu meriah di mn2 tempat..


Alhamdulillah..ada sdikit perkembangan p0sitif berbanding tahun2 sblumnya..
Semua tempat nmpk bgitu bersemangat menymbut dan mengingati hari kelahiran Baginda Rasul junjungan..
C0mpared t0 insan2 yang masih ada myambut ‘valentine day’ yang dah dihukum haram 0leh mufti..
hmm..hari ni tamat sudah ‘zikrul maut’ di u sy..alhamdulillah..byk sgt ilmu n peringatan yg xternilai harganya..terima kasih semua..hihi..
sbnrnya inilah pertama kali brpluang berarak wk2 maulidur rasul..
 

yela sblm ni sr0n0k tg0k 0rg kt tv je..tp kali ni Alhamdulillah..dbri peluang turun padang sekali..
syukur xterhingga..bak kata ustaz.. ‘kamu 2 berarak brp km je..tp Rasulullah brp batu jarak berjihad kesana kemari menegakkan agama Allah..apalah sgt yg kta dh buat’.. 



slpas inteam berzanji..berqasidah..brselawat sm2..ustaz pesan lg.. jgn hanya habis hari ni ja smbut maulidur rasul ok!..
e2 prmulaan sambutan maulidur rasul kt cni..


n then smbung lak dgan ‘zikrulmaut week’..
antara pr0gram nya.. kursus jenazah..sembelihan..talk..k0nsert..n teater..
teruja sbnrnya prgi ‘talk’ (antara dua cinta)kali ni penuh audit0rium 2.. hehe..alhamdulillah..


thanx al0t t0 ustaz akhil hay,ustzh fatimah syarha n ustaz syaari..gandingan mant0p..
gelak gelak jugak..tp kalo tg0k balek kan..masyaAllah..byk sgt input n peringatan yg dpt dr c2..
mudah2an Allah pilih semua hati2 mustami’ yg ada dlm hall 2 mnrima n mmbuat ssuatu yg brguna slpas kluar dr main audi 2..insyaAllah..


n nxt week se0rang lagi insan istimewa yg bakal dijumpai..insyaAllah.ustaz pahr0l..xsabar2 ni..hehe..





sahabat2 ku sayang..
ingin ku titipkan pesanan buat hati ini dan semua hati2 yang membaca entri ini..
pers0alkan diri kita semula..
sejauh mana kita menjadikan Rasul ‘qudwah hasanah’ kita..apakah buktinya..
adakah ia hanya dibuktikan sehari dari 365 hari sahaja..
12 rabiul awal tetap menjadi hari yang teristimewa..sampai bila2..
Sedangkan sekecil2 makhluk Allah bergembira menyambutnya..apatah lagi kepada yang dijadikan ‘khalifah’ dimuka bumi ini..




Manusia menzahirkan cinta..dan cinta melahirkan manusia..
Kiranya mampu meniti dibibir kita cintakan Rasul kekasih Allah..apakah amalan yang menjadi bukti cinta suci itu..
Ingatlah..cinta itu tidak bermusim..
yang akan gugur di musim luruh..
 membeku di musim sejuk..
dan mencair bila tibanya musim panas..
Sebaliknya..ia sentiasa harus dibaja supaya berkembang mekar bak di musim bunga..

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya. -surah ahzab:56 -

m0h0n maaf andai ada tersalah dalam tutur bicara ye..



Wallahua’lam..



..sh0rt st0ry..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum semua sahabat..
entri kali ni sy nk brk0ngc cerita pendek..tapi ada pgajaran yang terrsirat n tersurat disebaliknya..
dari "nota fikir untuk zikir"


Kisah se0rang budak yang telah kehilangan sejumlah wang dalam perjalanannya ke kedai untuk membeli gula2..
Setelah puas mencari wangnya yang hilang tetapi tidak juga ditemuinya..maka budak itu kecewa lalu menangis teresak2 di tepi jalan..
Tangisannya menarik perhatian seorang tua yang kebetulan sedang berjalan disitu..
Orang tua itu pun berhenti dan bertanya.. “mengapa engkau menangis,wahai budak?”
Budak itu menjawab, saya telah kehilangan wang untuk membeli gula2..
N then orang tua itu pun berasa simpati lalu berkata “hentikanlah tangisanmu dan ini wang pakcik sebagai gantinya..”
Budak itu pun menerima wang tersebut.tetapi selepas itu..
Budak itu menangis lagi..malah kali ni lagi kuat dari yang sebelumnya..
Pakcik tadi pun kehairanan n bertanya.. “kenapa engkau menangis lagi?”bukankah wangmu yang hilang itu telah aku gantikan ?
N then budak itu terus menjawab.. “saya menangis kerana jika wang yang sebelumnya tidak hilang..maka sudah tentu sekarang saya memiliki lebih banyak wang”..
Iktibar dari ‘short st0ry’ ni..
Cerita ni mungkin pendek tetapi disebalknya ada pengajaran yang sangat besar untuk kita renungkan bersama..
Budak dalam kisah ini adalah lambang tabiat manusia yang tidak sabar dengan apa yang hilang n tidak pernah puas dengan apa yang ada..

Allah telah berfirman yang bermaksud:    
19. Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
20. apabila ia ditimpa kesusahan, Dia sangat resah gelisah;
21. dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;                                                                                                                                                Surah Al-Maarij 70:19

Tangisan pertama menunjukkan budak e2 xsabar dengan kehilangan wangnya..
N tangisan kedua budak itu menunjukkan budak e2 xbersyukur dengan apa yang ada..
N dalam dua2 keadaan..kanak2 itu susah hati..
Pengajaran lain yang dapat kita ambil dari kisah ini adalah harta bukanlah faktor yang menentukan ketenangan jiwa..

Rasulullah telah bersabda: “bukanlah dinamakan kaya itu kerana limpah-ruahnya harta,tetapi yang dinamakan kaya itu adalh kaya jiwa” (riwayat Bukhari)..

Jadi apa s0lusinya?..

Sambungan dari ayat diatas surah Al-Maarij, Allah telah menjelaskan kepada kita penyelesaiannya..
22. kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
23. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
24. dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak Yang termaklum -
25. bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);
26. dan mereka yang percayakan hari Pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
27. dan mereka Yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
28. kerana Sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
29. dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -
30. kecuali kepada isterinya atau kepada hambaNya, maka Sesungguhnya mereka tidak tercela;
31. kemudian sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang Yang melampaui batas;
32. dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;
33. dan mereka Yang memberikan keterangan Dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
34. dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;
35. mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di Dalam syurga Dengan diberikan penghormatan.
                                                                               70:22-35

Allah telah menyebut 9 golongan yang terlepas dari 2 sifat manusia ini..apabila dia ditimpa kesusahan di resah..dan apabila dia diberi kesenangan dia kedekut dan tidak bersyukur..iaitu ..
1-      Orang yang bers0lat
2-      Orang yang tertib menjaga s0latnya
3-      Orang yang menggunakan hartanya dijalan Allah..
4-      Orang yang percaya pada hari akhirat dan mengerjakan amal soleh sebagai bukti percayanya..
5-      Orang yang takut dengan azab Allah..
6-      Orang yang menjaga kehormatannya..
7-      Orang yang menjaga amanah dan janjinya..
8-      Orang yang benar dalam saksinya..
9-      Dan orang yang sangat memelihara s0latnya..

Cuba lihat Allah menekankan tentang solat 3 x dalam ayat2 ni..dan golongan yang pertama disebut adalah orang yang bersolat dan ayat ini ditutup juga dengan orang yang sangat menjaga solat.. so..apa yang kita dapat simpulkan dari sini solat itu teramatlah penting dalam menunaikannya dan menjaga ketertibannya..
N last but not least..saya tutup dengan kata2 dari seorang ahli sufi..

“carilah syurga yang disegerakan didunia (al-Jannatul Ajilah) yang berupa ketenangan hati kerana barangsiapa yang tidak mendapat syurga didunia lagi,maka sukarlah ia mendapat syurga di akhirat nanti.."

Wallahua’lam..segala salah dan silap harap diperbetulkan ye..
Sem0ga kita mendapat ‘ibrah (pengajaran) walaupun sedikit..insyaAllah..



..kalam dari mu'allim..


tengah2 mengemas..sy trjumpa cebisan-cebisan nota..
ditulis wk2 zaman persekolahan dulu..
belek2 nota 2..trjumpa balek psanan cikgu osman din..
wk2 cikgu berucap di hari perpisahan dia..
ucapan cikgu panjang..tp ckt sj yg smpat sy catat..hehe..

siapa menanam..dia mengetam..
siapa bersabar..dia menang..
siapa menganiaya..dia dianiaya..
siapa berjalan..dia sampai..
siapa jujur..dia terlindung..
siapa berlembut hati..dia mulia..
siapa bersungguh-sungguh..dia dpat hasilnya..
siapa lalai..dia akan gagal..
siapa tergesa2..dia menyesal..
siapa belayar..dia maju..
siapa ramah lidah..dia ramai saudara..
siapa mengenal dirinya..dia mengenal Tuhannya...
siapa menggali lubang..dia akan jatuh didalamnya..
siapa tidak berterima kasih pada manusia..dia tidak bersyukur kepada Allah..

terima kasih cikgu (>_<)

..0nly 3...





Jika ditanya berapa hari dlm seminggu..
..7 hari adalah jawapannya..
Setiap orang mmpunyai jumlah hari yang tertentu dalam kehidupannya..
Masing2 xsama..semua menurut qadha’ dan qadar allah yang ditentukan ke atas kita..
Tetapi…
Hakikatnya semua manusia hanya punya 3 HARI sahaja didunia ni..
Apakah hari2 e2..?!!

  
 dan Segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaKu pada hari Aku diperanakkan dan pada hari Aku mati, serta pada hari Aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)". -surah maryam :33

Ayat ini yang diturunkan 0leh Allah Azzawajalla kepada Nabi Isa Alahissalam..cuba perhatikan maksud tersirat disebalik ayat ini..
Ada dinyatakan 3 hari yang menjadi milik semua manusia..

Hari pertama : hari diperanakkan ( perpindahan dari alam kandungan ibu (rahim))
Hari kedua : hari mati (dari alam dunia ke alam kubur..)
Hari ketiga : dibangkitkan semula (alam kubur ke alam akhirat..)

Demikianlah permusafiran yang sedang dan akan kita lalui…
Hari pertama telahpun kita lalui..alhamdulillah..
Dalam tempoh yang xlama..maut pula akan menjemput kita..lalu kita akan masuk ke hari yang ke-2..
Subhanallah..masa terlalu singkat..permusafiran yang mendatang penuh dengan kepayahan dan rintangan andai tiada bekalan yang dibawa..
Nyata sekali manusia amat leka dengan 3 hari yang allah peruntukkan..
Sem0ga kita tidak terg0l0ng dalam 0rang2 yang rugi..amin..
Renungkan..k0reksi diri.. bersama..
wallahua'lam..


..milik siapa piala itu..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
apa khabar ramadhan semua?..
sem0ga tetamu kita semua itu dilayan dengan sebaik2nya..sesempurna2 yang mungkin..

 Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.           
                                                    (surah alBaqarah : 183 )


sayu tetiba..
sangat2 hiba..
memikirkan ramadan semakin menutup tirainya..
tapi apakah yang dilakukan bagi meraikan tetamu istimewa ini..
alhamdulillah kiranya kita diberi petunjuk..
tetapi berd0alah juga buat mereka yang masih kabur..
dan sem0ga kita tidak hanya menerima tetapi peganglah petunjuk ini dengan perlaksanaan yang terbaik..


khabarnya 'dia' diikat..
khabarnya 'dia' ditambat..
syaitan yang xakan berhenti menyesatkan manusia..
tetapi..
kenapa pan0rama sekarang se0lah2 'dia' masih ada..
se0lah2 dia ada dekat bersama2 manusia..
bagaimanakah hakikatnya kefahaman kita sebenarnya?..
ya..sebenarnya dia memang diikat..
bulan ramadhan ini mengurangkan p0tensinya untuk menghasut..
tetapi biar dia diikat..apakah dia tidak boleh menggigit?..
umpama anjing yang diikat..
anjing 2 xdak p0tensi ke nak gigit kalo kita dekat dengan dia?..
renung2kan sahabat..

syaitan tertambat..
tetapi manusia yang menghabiskan masa dil0kasi 'pengurungan' syaitan 2..
tidakkah se0lah2 menyerah diri secara rela untuk dibaham?..
ketahuilah sahabat2..
punca kejahatan manusia itu ada diluar dan didalamnya!!
jika anasir asingnya adalah syaitan..
sumber paling berbahaya pula adalah hawa nafsu sendiri!!..
s0o..
sama2 fikirkan..
siapa yang harus dipersalahkan sebenarnya?..
kejahatan dalam bulan Ramadhan adalah KEJAHATAN TULEN!!
tiada campur tangan syaitan pada kederhakaan dirinya!!
0leh itu sahabat2ku sayang..
sama2 kita beringat bila melangkah..


sahabat2ku sekalian..
kita sudah di penghujung fasa yang kedua..
fasa yang ketiga sudah terintai2 untuk menghampir dan dihampir..
jika kita umpamakan Ramadan ini seperti perlawanan b0la sepak..
separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba2 mengintai pihak lawan...
berkhayal mencari strategi dalam bayangan..
atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan..
semua 0rang sudah tahu apa peranan masing2..
dan sudah tiba masa untuk menyerang..
apakah jaringan kita setakat separuh masa kedua ini?..
andai masih 0-0 perlu dikaji..ada yang tidak kena..
maksiat kita tinggalkan..
tapi kebaikan tidak pula kita lakukan..
tambah2 lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata2 'rakan syaitan', jin dan manusia tertambat..
dan bukannya kerana dorongan mahu menghampiri Tuhan..
jangan lupa..

 "BUAT SESUATU KERANA SELAIN ALLAH ITU RIYAK..
MENINGGALKAN SESUATU KERANA SELAIN ALLAH ITU JUGA RIYAK..

andai kata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0,syukurlah kepada Allah..
namun kita belum selamat..
pasuka nafsu terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan..
mereka tidak henti2 menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan..
tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa..
melepasi pertahanan pasukan nafsu yang degil itu..
biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat..
bukan sentiasa berada di atas urat..
raya semakin menghampir..
penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang..
pekiknya makin menggerunkan..
jangan pula kalian lemah semnagat kerananya..
kita pasuka tuan rumah..
harus menang sekurang2nya digelanggang sendiri..
namun..kalau sudah masuk dipusinag kedua,masih lemah ditinggalkan masa..
hubaya-hubaya(berhati-hati)..
kamu diambang kekalahan!!
piala Taqwa itu bakal jatih ke tangan orang lain..
iaitu ke tangan pasukan nafsu yang memang diketahui..
tidak akan mengenang..dan tidak akan kenal piala Taqwa itu..
ia hanya mahu mengalahkan pasukan kita..
ia hanya mahu melihat piala Taqwa itu tidak berada di tangan kita..
apakah musim depan kita diberi peluang untuk masuk ke gelanggang?
tiada se0rang pun yang berani memberikan jawapan..
bahkan jurulatih terhandal pun tahu masa yang ada ditangan kita adalah sekarang!!
masa lalu telah berlalu..
masa hadapan tidak pasti kesampaian..
dan masa sekarang yang ada di tangan kita..
hanya tinggal separuh masa kedua..
apakah masih ada ruang untuk berlengah?..

jibril datang kepadaku dan berkata, wahai Muhammad siapa yang menjumpai bulan Ramadan..
namun setelah bulan itu habis dan dia tidak mendapat ampunan, maka jika mati dia masuk neraka..sem0ga allah menjauhkannya. katakan Amin!aku pun mengatakan: Amin!..
                                                               (riwayat ibnu khuzaimah dan ibnu hibban dalam sahihnya)


sumber rujukan : buku transformasi ramadhan, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

wahai manusia sekalian..

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat jibril untuk pergi menemui salah satu makhlukNya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau.Malaikat jibri a.s segera pergi menemui si kerbau.

Disiang yang panas itu si kerbau sedang berendam disungai. Malaikat Jibril a.s mendatangi kemudian mula bertanya kepada si kerbau, “hai kerbau,apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?” si kerbau menjawab, Masya Allah! Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku seekor kerbau daripada aku dijadikanNya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat jibril pun menziarahi seekor kelawar yang pada siang itu sedang tidur bergantungan didalam sebuah gua.kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, Wahai kelawar,apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar”.MasyaAllah,Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada aku dijadikanNya seekor cacing.tubuhnya kecil,tinggal didalam tanah,berjalannya saja menngunakan perutnya,” jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril segera pergi menemui cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril a.s bertanya kepada si cacing “wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing” cacing itu menjawab “masyaAllah,Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanNya aku sebagai seorang manusia.apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh,ketika merema mati mereka akan diseksa selama-lamanya..

..alahai paku..


Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. 

Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau nii terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. 

Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan ku cabut keluar dari tiang ini." Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. 

Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang. Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. 

Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas. Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. 

Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang. 

Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira? Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. 

"Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada. Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut-parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya."